Salam Awal Muharam 1434H saudara islam ku ...
Alhamdulillah panjang umur kita dapat sambut tahun baru dalam bulan islam. Penghijrahan bukan pekara yang mudah. Tetapi jika niat yang baik dan kerana Allah insyAllah dipermudahkan. kenapa bukan mudah ? Mari singkap kembali penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke kota Madinah pada tahun 622 Masihi. waktu itu kaum kafir telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan ingin memusnahkan islam. Allah SWT telah mengutusan malaikat Jibrail berjumpa dengan baginda dan mengarahkan supaya baginda berhijrah ke madinah pada waktu malam. Penhijrahan baginda pada malam itu ditemani oleh sahabat baiknya Abu Bakar As-Siddiq. Dan baginda juga telah memaklumkan kepada Ali Bin Abi talib tentang penghijrahan itu supaya sahabat baginda (Ali Bin Abi Talib) menggantikan tempat baginda dirumah itu. Pada malam tersebut sekumpulan Quraish telah mengepung rumah baginda. mereka mengintai melalui lubang dipintu rumah baginda ternampak seseorang sedang tidur diatas katil baginda dan mereka sangka itu adalah baginda Rasulullah SAW. Malangnya apabila fajar menjelang mereka terperanjat yang bangkit dari katil baginda adalah Ali Bin Abi Talib bukan Nabi Muhammad SAW. Manakala Rasulullah SAW dan sahabatnya Abu Bakar As-siddiq bersembunyi di dalam sebuag gua di gunung Thaur. Apabila kaum Quraish menghampiri gua tersebut mereka yakin baginda tidak mungkin bersembunyi didalam gua tersebut. Ini kerana terdapat benang sarang labah2 dan merpati sejoli di pintu gua tersebut. See Allah membantu dan maha melindungi Baginda dan sahabatnya. Kumpulan Quraisy pulang semula ke mekkah dan berasa amat marah dengan kehilangan baginda. mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang berjaya menangkap baginda akan tetapi semuanya gagal. Dengan perlindungan Allah SWT baginda dan sahabatnyatiba diperkampungan Bani Sabin dan menyambut baginda dengan penuh rasa gembira. Sekian lama, telah ramai orang islam mula berpindah ke Madinah dan meraka sangat gembira dengan kedatangan Rasulullah kelak. Makan pada hari jumaat yang gembira tibalah banginda dan sahabat ke Madinah dan disambunt gembira oleh orang2 islam disana. Baginda mula membina negara islam yang megah dan memupuk semangat persaudaraan sesama mereka dan menyeru supaya menegakkan hak mukmin dan mengikut segala perintah Allah. Sejarah penghijrahan baginda adalah catatan penting sehingga umat islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan dalam kalendar islam.
Memang bukan mudahkan untuk berhijrah. Tapi Allah akan bantu jika niat hambanya baik lebih2 lagi ke jalan Nya. Al-hamdulillah aku telah melakukan satu penghijrahan besar dalam hidupku. Bukan sekadar berhijab tapi segala2nya seperti hati, perbuatan, fikiran, percakapan dan lain2. Tak kesahlah kalau orang kata aku ni poyo atau pocoyo. Kerana aku benar2 ikhlas dan mereka sekadar manusia. Apa yang penting think positif selalu.
yang menakutkan aku bila baca ni ...
Abu Hurairah berkata "setiap kali datangnya Tahu Baru membuat aku risau dan redah kerana semakin singkat umurku, semakin dekat ajalku, semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku. semakin dekatnya hari perhitunganku"
Bagi yang sibuk2 dengan azam begitu begini. "Alah azam ko dua tahun lepas pun tak settle lagi.." Tak ape kalau tak selesai , sebab azam tu memotivasikan manusia kepada yang lebih baik. (Kalau azam ko niat yang baiklah). Tahun ni cuba kite tunaikan azam yang kite takkan mungkir dengan azam2 yang telah kite tanam. Selamat ya !
My mum call petang tadi "kak long tahun baru ni cepat soalat magrib, doa baik2 dan baca yassin" jawapan .. ye mak alhamdulillah dapat tunaikan ape mak suruh. Ya Allah Ya Tuhan ku mak aku jauh2 pun masih boleh call dan ingatkan. Beruntungnya aku.
sekian entri kali ini . Salam maal Hijrah saudara dan kawan2. Selamat panjang umur dan dimurahkan rezki. amin ~

No comments:
Post a Comment