silaturahim

Monday, March 25, 2013

Manis manis bersama Hanabi Boutique

Assalamualaikum ... 


Perkongsian menarik bulan April untuk semua :)
Dengan mana-mana tempahan kek, cupcakes, kuih talam atau dessert dan sebagainya dari Delisha Delight anda akan mendapat voucer sebanyak 10% untuk pembelian abaya/jubah dari Hanabi Boutique tiada minimum order untuk layak mendapat voucer dari Hanabi Boutique. So maknanya jika anda membeli kek dari Delisha Delight dengan harga RM15 sahaja pun sudah layak menerima tawaran menarik ini.

Jangan lepaskan peluang sebab abaya dari Hanabi Boutique memang best! berkualiti tinggi, sangat cantik dan selesa dipakai . Untuk belek-belek album bolehlah berkunjung ke page FB Hanabi Boutique. Promosi Berlangsung sepanjang bulan April (1st- 30th April 2013)

jum cuci-cuci mata ...













Haaaaa.... apa tunggu lagi jum order besday kek untuk yang tersayang dan dapatkan diskaun menarik di Hanabi Boutique ini. Tawaran sah dari 1st april sehingga 30th April 2013. 


Sunday, March 24, 2013

Hari tak punya hati

Hari hari yang tak punya hati 
menari nari ikut rentak nadi
Dup... Dup... Dup... 
masih menari-nari lagi
di atas pentas dunia 
senyumlah walau hati tak bersapa
wayang semata 
tersadung pulak kaki 
kuku berdarah lagi 
aku kebal aku dah lali
celaka !!! 
sepuluh kali aku jatuh 
sejuta kali aku bangkit 
kau boleh ? 
kasihan ...
melayan hati bagai tak cukup hari





Asyura Rahman 
ampang | ahad | 1:15pm




Saturday, March 23, 2013

Baked Spagheti Bolognese

Assalamualaikum ...

Hari ni hari jumaat penghulu segala hari moga segala urusan dipermudahkan dan semoga hari-hari mendatang juga sentisa dalam lindungan dan barakah Allah swt . Bangun tidur je terkocoh-kocoh kedapur pack kan cookies yang saya baked semalam untuk hubby bawak pegi ofis dia. Mudah-mudahan kawan-kawan dia suke dan harap-harap derang nak tempah untuk puasa nanti hehe... perasaan. Sebenarnya tak plan pun nak menjual cookies raya nanti. Tapi bile time baked cookies amik kau semerbak bau harum satu rumah. Terus tersingkap balik nostagia bulan puasa. Semasa saya sekolah rendah emak rajin buat kuih raya. Banyak jenis emak buat. Separuh darinya emak akan beri pada paklong dan atuk dikampung. Emak memang baik dan penyayang. In syaa Allah sebagai suri rumah full time kenapa saya tak boleh buat macam emak. So azam tahun ni saya nak buat semua cookies raya hasil tangan sendiri. Kalau ada tempahan saya akan ambil secara kecil-kecilan je memandangkan tahun ini tahun pertama konon nak jual cookies raya. Cewah.. cite pasal cookies pulak!

Oklah berbalik kepada niat asal nak share simple resepi ni nama dia "baked spagheti bolonese" betul ke nama dia? asalkan ada namalah ye sorry kalau silap. Sebelum tu kepada yang da PRO sile tutup mata ye. Saya pun tak plan nak keluarkan entri ni tapi dah dua tiga orang pm minta resepi tak seberapa ni maka teman share la secara umum senang tak payah nak copy paste tepek kat inbox massage derang. Sebelum tu nak cakap resepi saya ni memang totally koboi. Apa yang ada kat dapur je saya campak-campak kan. Kalau awok awok kretip boleh la tambah-tambahkan daging cincang ka, serbuk kari ka, lada boh ka mana yang sesuai la dek ikut konsep lah versi omputeh or versi minang.

yang ada di dapur tadi ...

- Pasta - direbus +sedikit minyak zaitun + garam 
-  Pasta sos saya guna brand prego
- Tomato puree dalam setengah tin kecik 
- Mozzarella Cheese diparut
- Bawang putih didadu 
-  Red Capsicum didadu
- Serbuk Oregano
- Serbuk Basil
- Serbuk Lada Hitam
- Secubit garam
- Sedikit sos cili
- Aluminum tray saiz kecik 6x3 inci



Semoga bahan-bahan ini membantu ... (gambar capsicum tu ehsan kak goggle)

Cara2nya ... 

1. Rebus spagheti letak sikit minyak dan secubit garam, da masak angkat dan basuh sket supaya tak melekat dan toskan duk kat tepi.

2. Tumis bawang putih yang telah didadu bersama lada capsicum tu and garam secukup rasa.

3. Masukkan tomato puree, sos pasta, sedikit serbuk oregano dan basil, sos cili secukupnya supaya tak masam sangat. ok dah siap . tutup api. 

Lihat cara nak bake ke oven ...


Parut mozzarella cheese siap-siap 




Letak spagheti dan tabur sikit serbuk oregano


Letak kuah sos spagheti tadi make sure jangan comot


Tabur parutan mozzarella cheese. banyak sangat pun toksah cepat muak nanti ok ready utk bake selama 30min suhu 170'c agak2 la da nampak garing bleh bawak keluar sebab lain oven lain perangai. 



TARAAAAAA. . . . . siap bunyi drum 


terimalah resepi koboi ini namun sedap !

"Baked Spagheti Bolognese"



sekian untuk order sila hubungi ..


.
.
.
.
.
.


sorry tak jual :(

Tuesday, March 19, 2013

Delisha Delight on Bazar !

Assaalamualaikum .

Pada hari Ahad 10 March yang baru berlalu alhamdullillah dengan keizinan Allah swt. dan penuh kegembiraan team Delisha Delight bersama Elegance Hijab By Nadia Natasya  bergabung idea, usaha dan tenaga dalam menjayakan jualan secara offline di Bazaar bertempat di Rasta TTDI. Sebenarnya kami seronok turun padang jual produk kami dan berjumpe dengan para customer tersayang. Sebelum berlangsung bazaar kami dah susun strategi supaya dapat menarik ramai orang untuk berkunjung ke table kami nanti. Promosi di war-warkan kan di pesbuk  je u alls ! ada rezeki kami kabarkan di radio teheee ... 

Delisha Delight menyediakan beberapa jenis kek seperti Red Velvet, Carrot Cake, Choc Moist dan Snowy Cheese Cake. Kami datangkan dalam buget pack, ia lebih murah dan mudah dibawa.Terdapat juga dessert dan tart. Untuk jualan di bazaar saya menjual dengan harga yang agak rendah berbanding Online. So rugi sape tak datang. Alhamdullilah apa yang menggembirakan hati saya bile terima sms dri seorang pembeli memberi komen positf tentang produk saya. Syukur sangat buat saya lebih bersemangat untuk berusaha lebih lagi.

Elegance Hijab By Nadia Natasya  ni sebenarnya ownernya adalah auntie saya. haaaa cantik tak auntie saya! tapi memandangkan umur lebih kurang aje kadang-kadang kami declare cousin je supaya tak panjang cerita. Beliau mempromosikan jualan hijab yang sangat menarik. Bukan saja cantik malah menutup dada. Hijab yang bertul mengikut syarak tapi masih lagi boleh bergaya. Al maklum wanita masa kini berkerjaya dan bergaya.


Owner Delisha Delight dan Elegance Hijab 



Kali ni datang awal buat persiapan dan hias table. Table kami no.5



Delisha Delight dah ada banting tq En. Hubby  sponser :)





Barisan Depan tu buget pack kek Red Velvet, Carrot Cake, Snowy Cheese Cake dan  Tart 



Harga sebenar untuk Red Velvet dan Carrot Cake adalah RM25 tapi untuk bazar saya jual RM17 sahaja



Mix Flavour Cheese Tart dan Choco Moist Cake



Cupcakes Chocolate untuk memeriahkan meja 



Cheezy Layer paling awal habis 



Azureen antara tulang belakang Delisha Delight



Kegembiraan terpancar pancar hehe ..



Adik comel yang gebu 



Barisan team Delisha Delight dan owner Elegance Hijab 


Berminat nak tempah birthday cake, Wedding cake, atau kuih talam dan lain-lain? Hubungi saya...

Call/Sms : 012 2419077
Email : delishadelight@yahoo.com
BBM : 26002063
Whatsapp only : 012 7951110 (no call)



Sekian corat coret bazaar kali ini jika ada umur akan saya buka lagi untuk membuat jualan. Seriously memang best jumpa peminat eh .. kastemer la ! occay wassalam .





Thursday, February 28, 2013

Terlalu awal ....


26 Februari 2013 aku ke PD hubby bawak jalan, short holiday katanya.. Sebelum tu kami singgah dulu ke majlis kahwin kawannya. Pada hari tu aku taklah sehappy mana seperti selalu kalau b bawak kami jalan-jalan. Kalau perasan kat fesbuk pun aku tak ade upload 1 pun gambar kegembiraan cuti-cuti pendek di PD. Waima anak-anak pun aku tak dapat bawk turun ke laut untuk mandi. Hati terkilan bile Delisha nangis tunjuk laut nak mandi. Masa tak ada. Mana taknya, sampai je aku kene bantu siapkan makan untuk barbeque. Malam dah bussy memanggang dan makan. Balik bilik keletihan dan siap-siap tidur. Besok bangun lewat. Dah kene bersiap nak balik KL pulak sebab ada majlis kahwin cousin hubby kat Corncode Shah Alam. Tak boleh tak pergi. Pasrah. Aku memang tak happy.

27 Februari 2013 sampai je dirumah. Aku terima miss call dari Ayu. kemudian aku belek BBM dan Whatsapp . Penyampaian yang sama. "Kak syura Abang Wawan dah meninggal bla bla bla ..." pandangan aku jadi kelam. Badan aku jadi lemah longlai. Berita yang aku terima yang sebenarnya aku tak boleh nak terima. Tapi ... siapa yang mampu lawan takdir Allah. Aku bingung nangis-nangis call mak, call kak linda ex-officemate. Semua minta bertenang. Majlis resepsi perkahwinan tu aku terpaksa akur untuk datang kerana ini sebelah suami. Fikiran aku melayang-layang kalau duduk sorang-sorang, aku mengambil keputusan untuk berborak dengan ipar duaiku... Balik rumah aku bermuhasabah dengan kejadian tuhan. Datang dan pergi tak kira masa dan usia .Aku mencari kekuatan. Hari keempat arwah meninggal...malam tu aku keluar rumah dan meraung dalam kereta. Aku terpandang hubby menjenggah dari pintu rumah, dia tau aku kehilangan dia membiarkan, mungkin bagi masa untuk aku selesaikan apa yang bersarang dikepala dan muhasabah dengan ingatkn diri pada Allah. Aku berkata dalam hati .. Kalau aku sedih, apalagi mamanya yang melahirkan. Allahuakbar! beberapa hari lagi aku akan pulang ke Johor. Aku mungkin paling lewat menziarah arwah. Aku tiada pilihan keputusan suami harus diutamakan. Sampai JB aku memang niat nak terus ke kubur tapi aku keuzuran pula. Malam tu entah rezki apa aku mimpi arwah, hanya diam dan tak mahu pandang aku. Bangkit dari tidur dalam hati kecil aku berkata "aku akan ziarah kau, tunggu.." Hari terakhir aku di Johor aku kotakan janji. aku ke kubur untuk meziarah dan bacakan doa untuk arwah. Kebetulan semua ahli keluarga arwah ada disitu. Aku peluk aunty aku rasa lega. Aku siramkan pusara dengan air yang aku bawa. Aku taburkan kelopak mawar yang aku usah mencarinya. Tenanglah kau disana wahai kawan...

28 March 2013 . Hampir sebulan baru aku ada kekuatan untuk menulis belog. Kenapa aku sedih sangat?? Arwah ni one of my bestie sebelum aku berkahwin. Arwah juga dah jadi kawan untuk suami aku. Arwah, Sofy, Lenny, Ida antara kawan-kawan kehulu kehilir aku. Terlalu banyak kenangan. Hubby pesan .. U cukuplah bersedih dia tak suke, sedekah Al-fatehah itu yang dia perlukan. Bukan recall kenanggan dengan airmata...


kini milik syafik . kereta yang banyak tolong aku dulu 

Arwah suke panggil aku "mok" grrrr gurauan yang buat aku geram  tapi kini  aku rindu....

Kaulah adik, kaulah kawan baik aku susah senang


Kau slalu datang duduk depan table aku kalau kau masuk opis aku

Ko suke pakai kemeja kaler pink!

Kerja outstation kat luar. Aku happy kau ada sebab taklah aku skema sangat nanti.

Kite selalu lepak KL. Kau slalu pegi rumah cousin kau yang besar tu dan aku kagum bile masuk rumah tu. 

One time aku ajak kau makan lepas kerja. kau kata jum pegi ZZ, aku ikut. Skali mak ayah kau semua ada. Aku tekedu makan depan bapak ko yang ala2 series tu. perut aku tak kenyang pun. Tapi mak kau baik pemurah senyuman. 

Masa aku frust becinta, kau teman aku sampai 3/4 pagi kat danga bay, lepas lepak minum kat rose garden kite pg CC online. kau tunjuk aku youtube "blooper mat salleh punya.." mcm nak mampus aku gelak. Aku lupe tadi aku sedih. 

Satu malam, lepas balik dari minum kite eksiden depan simpang rumah aku. kau dah ngantuk tapi kau teman aku yang tengah sedih putus cinta kononya. kau tak cakap kat aku kau ngantuk ! aunty nangis-nangis sedih. kini aunty lagi sedih

Lepas tu kau suke ulang tayang macam mana kepala aku terhantuk terhempas dalam kete kau mcm nak rak .
Kau akan call aku kalau kawan-kawan kite buat hal. Comel bile kau mengadu kat aku.

Kau tolong aku jadi pengapit untuk Isz untuk malam berinai aku. Dan lepas kawin aku mohon maaf kerana aku letak limit dalam persahabatan kite. Aku mula membina jalan hidup aku sendiri. Aku tinggal kan JB, Aku tinggalkan kau dan kawan-kawan. Maafkan aku ...

Aku relakan kau pergi .. aku halalkan semua atas selama persahabatan kita. Nama kau kini sentiasa ada dalam doa aku. 

AL - Fatehah sahabatku... moga roh mu tenang disana....











Tuesday, January 8, 2013

Semoga Bang chik tenang disana ...

Assalamualaikum .

Hari tu aku nekad nak balik JB atas urusan bodoh. Atas urusan ape biar aku rahsiakan. Susah payah Abas pujuk mak supaya aku dapat pegi belajar luar dari Johor. Tapi kali ni aku nekad pulak nak balik Johor semula. Aku masih berlegar2 di ruang tempat letak kereta Taman Melawati. "Arghh call bangcik la, last option!"

"Hello bangchik syura ni.. bangchik kat pudu ke ?"
"Ye syura, nape .. ? Bangchik kat luar ni .." tanpa beritahu aku yg sebenarnya dia tak kerja hari tu.
"Syura ada masalah kat JB nak balik JB tapi nak balik  tak ade duit. Bangchik bleh tolong tak.. dulukan duit tambang nanti syura bayar. Pleaseeee ..." mengada-ngada.
"Ok syura nak balik pkul berapa?"
"Yess!! petang ni pkul 3 atau 4 syura sampai kay .." Dan waktu ini aku tak terfikir yg inilah kali terakhir aku jumpe bangchik sebenarnya.

Sesampainya aku di pudu raya yang sesak tu. Macam Biasa aku tunggu kat post polis. Dari jauh aku nampak kelibat bangchik pakai t-shirt merah dan jeans lusuh dan semakin menghampiri aku. Tangan dia pegang helmet.

Rupanya bangchik tak kerja hari tu. Dari rumah bangchik datang semata2 nak uruskan aku untuk balik Johor.. aku bukan sape pun, aku orang luar. Bangchik memang orang baik. Walau pun waktu tu aku tak contact sepupu dia Abas Ali Nordin.

Aku masih ingat lagi sedang sebuk aku cerita pasal bangchik . Abas potong cakap aku "Syura.. bangchik tu baik tau syura, suka tolong orang.." Aku diam. Dan diam ...

Selesai urusan beli tiket, bangchik hulurkan tiket tu kat aku..

"Dah bleh turun sekarang bas dah ada kat bawah.."
"bangchik nanti syura ganti ye"
bangchik senyum je . macam selalu dia akan pesan..
"Jaga diri baik-baik kalau jatuh bangun sendiri"
sama macam Abas selalu pesan..

Kali terakhir aku naik bas dengan bantuan bangchik, Dalam bas aku lambai-lambai bangchik kat bawah sambil tunjuk OK (thumb up)

Selagi bas tak jalan bangchik tak naik atas. Sampai bas dah jalan baru bangchik gerak ke atas.

Bangchik,
Bukan kerana dia suka aku.
Bukan !
Dia jaga aku sebab Abas
sepupu dia
Dia memang orang baik
kalau orang baik hatinya baik boleh telus keikhlasan dalam hati kita
hampir 12 tahun berlalu .. pada 5 Januari 2013 bangchik telah kembali kerahmatuAllah
Tarikh itu tarikh lahir aku . Dan.. Tarikh lahir emak bangchik .

Arwah, syura berat nak panggil arwah. tapi syura kene relakan pemergian bangchik.
sesiapa yang baca ini hanya satu cerita yang nampak dari teorinya
hakikatnya kebaikan bangchik yang suke tolong orang tak dapat aku cerita disini.

Hari ini aku down sangat. Mak kata jangan macam tu. kesian kan arwah kalau tak redha dia tak boleh pergi dengan tenang.

Bangchik, semoga rohmu tenang disana. Ditempatkan dikalangan yang beriman. Atas kebaikan bangchik yang lalu, syura janji bangchik akan selalu ada dalam doa syura setiap kali selepas sujud. Allah Maha Besar. bekalkan aku sifat keredhaan Mu Ya Allah.

Kemalangan yang berlaku telah masuk BERITA TV3 dan lain-lain sumber dari blogger - ondscene.my
Salam takziah buat semua keluarga arwah Ahmad Fuad BinMohd Yusof. 

AL FATEHAH

Dan aku berjanji selagi ada nafas ini akan aku tolong orang bagi yang memerlukan dan sifat yang baik ini akan aku ajar dan terap kepada anak-anak ku juga...

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum


Salam Awal Muharam 1434H saudara islam ku ... 


Alhamdulillah panjang umur kita dapat sambut tahun baru dalam bulan islam. Penghijrahan  bukan pekara yang mudah. Tetapi jika niat yang baik dan kerana Allah insyAllah dipermudahkan. kenapa bukan mudah ? Mari singkap kembali penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke kota Madinah pada tahun 622 Masihi. waktu itu kaum kafir telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan ingin memusnahkan islam. Allah SWT telah mengutusan malaikat Jibrail berjumpa dengan baginda dan mengarahkan supaya baginda berhijrah ke madinah pada waktu malam. Penhijrahan baginda pada malam itu ditemani oleh sahabat baiknya Abu Bakar As-Siddiq. Dan baginda juga telah memaklumkan kepada Ali Bin Abi talib tentang penghijrahan itu supaya sahabat baginda (Ali Bin Abi Talib) menggantikan tempat baginda dirumah itu. Pada malam tersebut sekumpulan Quraish telah mengepung rumah baginda. mereka mengintai melalui lubang dipintu rumah baginda ternampak seseorang sedang tidur diatas katil baginda dan mereka sangka itu adalah baginda Rasulullah SAW. Malangnya apabila fajar menjelang mereka terperanjat yang bangkit dari katil baginda adalah Ali Bin Abi Talib bukan Nabi Muhammad SAW. Manakala Rasulullah SAW dan sahabatnya Abu Bakar As-siddiq bersembunyi di dalam sebuag gua di gunung Thaur. Apabila kaum Quraish menghampiri gua tersebut mereka yakin baginda tidak mungkin bersembunyi didalam gua tersebut. Ini kerana terdapat benang sarang labah2 dan merpati sejoli di pintu gua tersebut. See Allah membantu dan maha melindungi Baginda dan sahabatnya. Kumpulan Quraisy pulang semula ke mekkah dan berasa amat marah dengan kehilangan baginda. mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang berjaya menangkap baginda akan tetapi semuanya gagal. Dengan perlindungan Allah SWT baginda dan sahabatnyatiba diperkampungan Bani Sabin dan menyambut baginda dengan penuh rasa gembira. Sekian lama, telah ramai orang islam mula berpindah ke Madinah dan meraka sangat gembira dengan kedatangan Rasulullah kelak. Makan pada hari jumaat yang gembira tibalah banginda dan sahabat ke Madinah dan disambunt gembira oleh orang2 islam disana. Baginda mula membina negara islam yang megah dan memupuk semangat persaudaraan sesama mereka dan menyeru supaya menegakkan hak mukmin dan mengikut segala perintah Allah. Sejarah penghijrahan baginda adalah catatan penting sehingga umat islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan dalam kalendar islam. 

Memang bukan mudahkan untuk berhijrah. Tapi Allah akan bantu jika niat hambanya baik lebih2 lagi ke jalan Nya. Al-hamdulillah aku telah melakukan satu penghijrahan besar dalam hidupku. Bukan sekadar berhijab tapi segala2nya seperti hati, perbuatan, fikiran, percakapan dan lain2. Tak kesahlah kalau orang kata aku ni poyo atau pocoyo. Kerana aku benar2 ikhlas dan mereka sekadar manusia. Apa yang penting think positif selalu. 

yang menakutkan aku bila baca ni ...
Abu Hurairah berkata "setiap kali datangnya Tahu Baru membuat aku risau dan redah kerana semakin singkat umurku, semakin dekat ajalku, semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku. semakin dekatnya hari perhitunganku"

Bagi yang sibuk2 dengan azam begitu begini. "Alah azam ko dua tahun lepas pun tak settle lagi.." Tak ape kalau tak selesai , sebab azam tu memotivasikan manusia kepada yang lebih baik. (Kalau azam ko niat yang baiklah). Tahun ni cuba kite tunaikan azam yang kite takkan mungkir dengan azam2 yang telah kite tanam. Selamat ya !

My mum call petang tadi "kak long tahun baru ni cepat soalat magrib, doa baik2 dan baca yassin" jawapan .. ye mak alhamdulillah dapat tunaikan ape mak suruh. Ya Allah Ya Tuhan ku mak aku jauh2 pun masih boleh call dan ingatkan. Beruntungnya aku. 

sekian entri kali ini . Salam maal Hijrah saudara dan kawan2. Selamat panjang umur dan dimurahkan rezki. amin ~